Monday, November 11, 2013

PERTANDINGAN MASAKAN PELAJAR TINGKATAN 1 DAN 2


Pertandingan masakan diadakan pada
 Hari : Isnin
Tarikh : 11 November 2013
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Bilik Masakan SMKDAA
Peserta : Pelajar Tingkatan 1 dan 2
Tema Masakan : Makanan Sihat

 Pertandingan Masakan dibawah Program Inovasi anjuran Pn. Hjh Surizan Darus di bawah Kelab ERT telah diadakan pada hari Isnin 11 November 2013. Peserta pertandingan terdiri daripada pelajar Tingkatan 1 dan tingkatan 2. peserta terdiri daripada 3 pelajar dalam 1 kumpulan. Objektif pertandingan ini untuk mencungkil bakat pelajar dalam mencipta resepi sendiri berdasarkan tema yang telah diberikan. Pertandingan ini juga secara tidak langsung dapat mengisi masa terluang pelajar yang telah tamat mengambil peperiksaan akhir tahun.

Peserta dibekalkan bahan utama  dan hanya mengetahuinya pada hari pertandingan diadakan. Peserta hanya membawa bahan-bahan hiasan untuk menghias bahan masakan mereka. Peserta menggunakan kreativiti mereka untuk mencipta resepi sendiri berdasarkan bahan utama yang disediakan.
Penghakiman dikira berdasarkan :
  • kerjasama
  • kebersihan
  • kreativiti
  • penyajian
  • rasa
  • tekstur
Hakim pertandingan masakan ialah Pn. Norhayati Ayop dan Pn. Siti Habsah Je'maen. Hakim pertandingan ini mempunyai latar belakang dalam bidang masakan malahan berpengalaman dalam pengendalian pertandingan masakan.

Keputusan pertandingan telah disampaikan oleh Pn Norhayati Ayop.
   Tempat pertama : Kumpulan LMQ
   Tempat kedua :    Kumpulan SKS
   Tempat ketiga :   Kumpulan Maaf
   Tempat keempat : Street Tiger
   Tempat Kelima: 3 Angels


SEMASA PERTANDINGAN




 SESI PENGHAKIMAN









 KEPUTUSAN PERTANDINGAN

TEMPAT PERTAMA :  LMQ
AHLI KUMPULAN LMQ

TEMPAT KEDUA : SKS


AHLI KUMPULAN SKS






TEMPAT KETIGA : MAAF
AHLI KUMPULAN MAAF


TEMPAT KEEMPAT: STREET TIGER
AHLI KUMPULAN STREET TIGER

TEMPAT KELIMA : 3 ANGELS
AHLI KUMPULAN 3 ANGELS













































 TERUSKAN USAHA MAJU KEHADAPAN, MACU KEGEMILANGAN

Tuesday, November 5, 2013

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2013

Kepada semua calon SPM 2013 SMK Dato' Ahmad Arshad,
Kami warga pendidik SMKDAA mengucapkan selamat berjaya dan selamat menduduki peperiksaan SPM 2013. Semoga anda semua berjaya dunia dan akhirat.