Friday, May 30, 2014

MAJLIS PERSARAAN EN. TEY SHONG HUI

Pada 26 Mei 2014 hari Isnin SMKDA telah mengadakan Majlis Persaraan EN. Tey Shong Hui pada peringkat sekolah dan pentadbiran. 

Setiap yang datang pasti akan pergi dan sebaik-baik pemergian itu harus meninggalkan kesan yang baik kepada yang tinggal. Begitu jua dengan En. Tey Shong Hui, Guru SMK Dato' Ahmad Arshad, Batu Anam yang akan bersara tanggal 31 Mei 2014 sebagai warga pendidik. Justeru, persaraan beliau dijadikan landasan bagi majlis yang akan diadakan untuk menghargai jasa beliau kepada warga Batu Anam amnya, dan warga sekolah khasnya. Cadangan majlis yang akan dilaksanakan adalah pada 2 peringkat, iaiut majlis di peringkat sekolah dan Malam Sanjungan Budi yang ditujukan khusus kepada beliau.

Sepanjang 31 tahun berkhidmat, Cikgu Tey telah mengajar mata pelajaran Matematik, Matematik Tambahan dan Geografi. Beliau juga secara sukarela menawrkan kelas tambahan dan kelas bimbingan kepada pelajar dalam subjek Matemati Tambahan. Tidak cukup dengan itu, beliau tidak pernah lupa memberikan nota dan kaedah penyelesaian yang betul bagi subjek tersebut dengan harapan kejayaan dapat dicapai oleh pelajar.

Dan daripada seorang guru biasa, beliau kini menamatkan perkhidmatannya dalam profesion keguruannya dengan jawatan tertinggi sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran yang sungguh berpengalaman.

No comments:

Post a Comment