SMKDAA telah mengadakan pertandingan kitar semula bahan buangan mengikut ketetapan di bawah ini.
Tarikh : 18 FEBRUARI 2014
Hari : Selasa
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Tapak perhimpunan.
Objektif pertandingan
- Mendedahkan warga sekolah pengetahuan mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan program-program mesra alam.
- Menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan seperti program kitar semula.
- Memupuk semangat kerjasama semua warga sekolah dalam menjaga kebersihan dan keceriaan persekitaran sekolah
- Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang mempraktikkan amalan hidup lestari.
- Memupuk sikap bertanggungjawab kepada bumi dan alam sekitar dengan memberi dan menyediakan peluang dan kesempatan kepada warga sekolah untuk menjalankan aktiviti kitar semula.
Pemenang pertandingan
Tempat pertama - 1 Bitara
Tempat kedua - 2 Bitara
Tempat ketiga - 5 Sains Unggul