SEJARAH SEKOLAH



 SEJARAH SEKOLAH


Sekolah Menengah Dato’ Ahmad arshad mula beroperasi pada tahun 1970. Nama diberi sempena nama tokoh tempatan di daerah ini. Terletak bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan batu anam. Pelajar berasal dari kawasan berhampiran iaitu Kampung Mensudut Pindah, Kampung Pudu, Kampung Awat, Ledang Gomali dan kawasan persekitarannya.
          Pada awalnya hanya terdapat 2 bangunan sahaja iaitu pejabat pentadbiran dan bilik darjah. Pada tahun 2007 sekolah ini telah mempunyai 5 bangunan yang digunakan secara optimum sebagai bilik darjah, perpustakaan, makmal sains, bengkel kemahiran hidup dan pejabat pentadbiran. Kemudahan-kemudahan lain yang terdapat di sekolah ini ialah surau, makmal komputer, medan kejayaan dan kantin.
          Proses pendidikan bermula dari kelas peralihan hingga ke tingkatan lima. Sekolah ini mampu menampung seramai 1000 orang pelajar untuk satu-satu masa. Tenaga pelajar seramai 48 orang guru dan 6 orang staf sokongan.
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Ahmad Arshad, pada mulanya dikenali sebagai SMK Batu Anam. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1970. Sekolah ini ditubuhkan adalah hasil usaha oleh Allahyarham Encik Mohd Salleh B Yakin dan UMNO Cawangan Batu Anam pada masa itu.
          Dahulu, Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Anam mendapat nama sempena nama Pekan Batu Anam yang terletak 2km dari sekolah. Ia juga terletak bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Batu Anam, Kebanyakkan pelajar sekolah ini berasal dari kawasan yang berhampiran seperti Kampung Mensudut Pindah, Kampung Pudu, Kampung awat, Estet Gomali dan lain-lain lagi.
          Pada 1 Januari 1970, Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Anam telah dibuka untuk masyarakat setempat dengan En. Singaram sebagai pengetua sekolah yang pertama.
          Kepimpinan Tuan Md. Yusof Bin Hj Anim telah membawa suatu perubahan yang agak drastik pada tahun 2010 iaitu penjenamaan semula sekolah. Dalam pakej penjelnamaan semula ini nama sekolah telah diberi baru, hala tuju sekolah dikaji semula dan diberi nafas baru, nama kelas, nama sukan dan nama bangunan turut dijenamakan semula.
          Nama Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’Ahmad Arshad dinamakan sempena nama Allahyarham Dato’ Ahmad bin Arshad sebagai mengenang sumbangan, jasa dan bakti beliau kepada agama, bangsa dan negara. Allahyarham telah dilahirkan pada 6 haribulan November 1921 di Kampung Gudang Garam, Segamat, Johor. Beliau kembali kerahmatullah pada hari Khamis 26 Mei 2000 ketika berusia 78 tahun.
          Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah Agama Kerajaan Johor dan Sekolah Melayu Segamat. Setelah tamat persekolahan beliau bekerja sebagai guru agama di Sekolah Agama kerajaan Johor. Beliau seorang yang aktif dalam pergerakan politik. Beliau telah mula mendakati bidang politik dengan menyertai perhimpunan menentang Malayan Union. Pada tahun 1946 beliau menyertai pergerakan Barisan Pemuda bagi meraikan penubuhan UMNI di Istana Besar Johor Bahru. Seterusnya beliau pernah menjawat jawatan Ahli jawatankuasa Biro agama UMNO Bahagian Segamat.
          Allahyarham kemudiannya mengasaskan UMNO bahagian Tangkak (Ledang) dan telah dipilih sebagai ketua UMNO bahagian tersebut. Beliau kemudiannya telah terpilih sebagai Ahli Parlimen Muar Utara, dan pernah menjadi Ahli Dewan Negara. Pada tahun 1970 allahyarham telah diberi peluang berucap di pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dalam bahasa Melayu.
          Allahyarham juga bergiat aktif dalam bidang penulisan. Beliau menjadi penulis khas majalah Juita di Negeri Sembilan antara tahun 1948 hingga 1950. Beliau juga menulis dalam akhbar Sinaran yang diterbitkan di Singapura. Beliau sering menggunakan nama samaran ”AHA JOHOR”. Beliau turut melibatkan diri dalam Ikatan Persuratan Melaka tahun 40an dan Persatuan Penulis Johor. Pada usia 70 an beliau turut menghadiri bengkel penulisan Warisan Sejarah anjuran Yayasan Warisan Johor.

10 comments:

  1. Terima kasih penulis, amat dihargai.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih penulis, amat dihargai.

    ReplyDelete
  3. tahniah....jenama baharu...bekas pelajar smk batu anam....kenangan menggamit memori

    ReplyDelete
  4. tahniah....jenama baharu...bekas pelajar smk batu anam....kenangan menggamit memori

    ReplyDelete
  5. Tapi lagi sesuai name dahulu..sebap saya pergi lalu mana2 sekolah...name sekolah kebanyakan letak nama tempat..bila letak nama dengan nama tempat jadi orang luar akan tau di mana sekolah itu

    ReplyDelete
  6. Kekalkan nama asal kan senang... emmmm

    ReplyDelete
  7. Sangat jelas sejarah ini,boleh tak saya pinjam sejarah ini profile ke Wikipedia?

    ReplyDelete