Friday, July 4, 2014

PROGRAM HARI TERBUKA 2014 DAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK 2014

Program Hari Terbuka 2014 SMKDA telah diadakan pada hari Selasa 1 Julai 2014 bertempat di Dataran Ilmu dan Dewan sekolah. Program tersebut bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Matlamat program ini diadakan untuk mewujudkan kerjasama peningkatan akademik pelajar melalui hubungan sekolah, ibu bapa dan penjaga. Objektif perlaksanaan program ialah ibu bapa dan penjaga dapat mengetahui secara lebih dekat prestasi akademik anak-anak serta dapat merapatkan hubungan pihak sekolah dan komuniti.

  Hari terbuka sekolah juga diadakan bertujuan untuk penyerahan buku rekod peperiksaan pelajar kepada ibubapa pelajar tersebut. Guru tingkatan akan memberitahu tentang prestasi anak mereka di sekolah ini. Sebelum semua ibu bapa pelajar berjumpa guru tingkatan, satu taklimat PT 3 telah diadakan sebagai langkah awal pendedahan kepada ibu bapa tentang bentuk peperiksaan yang bakal pelajar duduki. 
Pada sebelah paginya telah berlangsung Perasmian Majlis Anugerah Kecemerlangan yang telah dirasmikan oleh DSP Ghazali bin Mohamad (Komandan PULAPOL). Para pelajar yang telah mencapai kecemerlangan dalam Peperiksaan Setengah Tahun 2014 telah menerima sijil sebagai penghargaan usaha mereka dalam mencapai kejayaan akademik.

Kerjasama dengan penglibatan antara guru dan ibubapa amat penting dalam memastikan kecemerlangan serta fokus pelajar berada tepat pada landasannya. Justerunya, hari terbuka yang diadakan  pelajar diadakan saban tahun merupakan peluang terbesar untuk merapatkan hubungan para guru dan ibubapa. Seawal jam 9.30 pagi, kenderaan ibubapa mula membanjiri perkarangan  sekolah. Ibubapa dan penjaga dengan diiringi para pelajar menuju ke dewan untuk menghadiri sesi taklimat PT 3.

Para guru menjalankan tanggungjawab dengan efisien dan secara ikhlas memberikan dorongan, galakan serta teguran membina kepada para pelajar bagi menaikkan motivasi mereka. Ibubapa juga dilihat professional dan terbuka dalam setiap perbincangan kerana mereka sedar dan percaya segala laporan guru berlandaskan fakta dan atas satu maklamat iaitu memperbaiki atau setidak-tidaknya mempertahankan tahap akademik dan kualiti anak masing-masing.

Program yang antara lain bermatlamat untuk memaklumkan kekuatan dan kelemahan pelajar kepada ibu bapa serta bersama-sama bertindak progresif untuk memajukan potensi diri pelajar bagi mencapai tahap cemerlang serta menyediakan diri pelajar yang berpotensi untuk lulus cemerlang ke arah persediaan lebih kompetitif ini tidak akan terhenti di sini sahaja. Pelbagai program kerjasama PIBG sedang giat dirancang bagi memastikan mutu pelajar yang lahir dari SMKDA tidak akan dipandang sebelah mata oleh masyarakat setempat khasnya dan masyarakat global amnya.

Saturday, June 7, 2014

FORMAT PT3 DAN INSTRUMEN CONTOH PT3


Format dan Instrumen Contoh Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) untuk di muat turun. Bahan berkaitan juga boleh di muat turun melalui portal Lembaga Peperiksaan http://web.moe.gov.my/lp









Friday, May 30, 2014

MAJLIS PERSARAAN EN. TEY SHONG HUI

Pada 26 Mei 2014 hari Isnin SMKDA telah mengadakan Majlis Persaraan EN. Tey Shong Hui pada peringkat sekolah dan pentadbiran. 

Setiap yang datang pasti akan pergi dan sebaik-baik pemergian itu harus meninggalkan kesan yang baik kepada yang tinggal. Begitu jua dengan En. Tey Shong Hui, Guru SMK Dato' Ahmad Arshad, Batu Anam yang akan bersara tanggal 31 Mei 2014 sebagai warga pendidik. Justeru, persaraan beliau dijadikan landasan bagi majlis yang akan diadakan untuk menghargai jasa beliau kepada warga Batu Anam amnya, dan warga sekolah khasnya. Cadangan majlis yang akan dilaksanakan adalah pada 2 peringkat, iaiut majlis di peringkat sekolah dan Malam Sanjungan Budi yang ditujukan khusus kepada beliau.

Sepanjang 31 tahun berkhidmat, Cikgu Tey telah mengajar mata pelajaran Matematik, Matematik Tambahan dan Geografi. Beliau juga secara sukarela menawrkan kelas tambahan dan kelas bimbingan kepada pelajar dalam subjek Matemati Tambahan. Tidak cukup dengan itu, beliau tidak pernah lupa memberikan nota dan kaedah penyelesaian yang betul bagi subjek tersebut dengan harapan kejayaan dapat dicapai oleh pelajar.

Dan daripada seorang guru biasa, beliau kini menamatkan perkhidmatannya dalam profesion keguruannya dengan jawatan tertinggi sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran yang sungguh berpengalaman.

Friday, May 23, 2014

SAMBUTAN HARI GURU 2014

SAMBUTAN HARI GURU 2014
 Hari : Ahad
Tarikh : 18 Mei 2014
Tempat : Dataran Perhimpunan ( Perhimpunan pagi) dan Medan Kejayaan ( Persembahan )
Tema :  "GURU: PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI"

Guru : Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi, itulah tema yang hangat disebut dan diulas semenjak seminggu dua minggu ini bagi meraikan sambutan hari guru peringkat kebangsaan. Tarikh 16 Mei setiap tahun merakam sejarah dan memori yang tersendiri bagi yang bergelar guru, cikgu, ustaz, ustazah, pendidikan ataupun pensyarah. Semestinya mereka semua akan tersenyum lebar bila melihat banyaknya hadiah dan cenderamata sumbangan anak-anak murid ataupun rakan sebaya yang diberikan kepada mereka. 

18.5.2014 di Sekolah Menengah Dato Ahmad Arshad ini pelbagai acara dan aktiviti yang telah diaturkan untuk menyambut hari guru peringkat sekolah. Para pelajar yang diterajui oleh Badan Kepimpinan Sekolah (Pengawas) memain peranan sebagaimana tahun-tahun sebelum ini menganjurkan sambutan yang sungguh bermakna bagi para guru ini. Tahniah untuk barisan pengawas yang berjaya mengadakan sambutan ini dengan penuh kemeriahan dengan gelagat para guru semasa mengikuti aktiviti-aktivti yang telah dirancang. 
Sambutan hari guru ini menjadi lebih meriah dengan kehadiran wakil ajk PIBG di sekolah ini semata-mata meraikan para guru SMKDA.
Para pelajar juga turut serta dalam menjayakan sambutan hari guru ini. Pelbagai persembahan daripada pelajar turut memeriahkan lagi hari yang bersejarah ini. Antara persembahan yang diberikan pada hari tersebut ialah tarian tradisional, nyanyian nasyid, nyanyian berkumpulan, bicara berirama, sajak dan sketsa. Tidak lupa juga para guru mencungkil bakat mereka dengan membuat persembahan secara solo atau berkumpulan.
Diharapkan pada tahun- tahun akan datang lebih ramai lagi pelajar dapat membuat persembahan sekaligus mencungkil bakat terpendam mereka. para guru juga tidak kecuali menyumbangkan bakat mereka sekaligus memeriahkan lagi sambutan hari guru peringkat sekolah ini.
Syabas dan tahniah diucapkan diatas kejayaan badan pengawas yang menganjurkan sambutan hari guru ini.

Sunday, March 9, 2014

HEBAHAN MESYUARAT AGUNG PIBG 2014



Kepada Semua Waris/Penjaga Murid
Tuan/Puan,
MAKLUMAN KEHADIRAN PELAJAR DAN HEBAHAN MESYUARAT AGUNG PIBG 2014
Adalah saya dengan hormatnya diarah  merujuk kepada  perkara diatas.
2.         Sehubungan dengan itu, sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Mesyuarat PIBG seperti ketetapan berikut:
            Tarikh:            16 MAC 2014 bersamaan 14 JAMADILAWAL 1435
            Masa  :            02.00 Petang
            Hari    :            Ahad
                                               
3.         Semua pelajar akan hadir ke sekolah ke sebelah pagi.
Pengajaran dan Pembelajaran seperti biasa. Semua Pelajar  dibenarkan pulang pada jam 11.50 pagi. Semua waris pelajar SMK Dato' Ahmad Arshad dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Agung PIBG pada hari tersebut.
4.         Perhatian dan kerjasama dari pihak tuan berhubung perkara diatas didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”
“SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI  GEMILANG”

Wednesday, February 19, 2014

PERTANDINGAN KITAR SEMULA 2014


SMKDAA telah mengadakan pertandingan kitar semula bahan buangan mengikut ketetapan di bawah ini.

 Tarikh : 18 FEBRUARI 2014
  Hari : Selasa
  Masa : 7.30 pagi
  Tempat : Tapak perhimpunan.

Objektif pertandingan

  1. Mendedahkan warga sekolah pengetahuan mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan program-program mesra alam. 
  2. Menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan seperti program kitar semula. 
  3. Memupuk semangat kerjasama semua warga sekolah dalam menjaga kebersihan dan keceriaan persekitaran sekolah 
  4. Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang mempraktikkan amalan hidup lestari. 
  5. Memupuk sikap bertanggungjawab kepada bumi dan alam sekitar dengan memberi dan menyediakan peluang dan kesempatan kepada warga sekolah untuk menjalankan aktiviti kitar semula.

Pemenang pertandingan 

Tempat pertama - 1 Bitara

Tempat kedua - 2 Bitara

Tempat ketiga - 5 Sains Unggul

 

Sunday, February 16, 2014

LDP KE 2 SMKDAA

Latihan Dalam Perkhidmatan kali ke 2 akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tajuk : LDP Kenaikan Pangkat Mengikut Timed Based.
Tarikh : 17 Februari 2014
Tempat : Bilik Media
Masa : 2.45 Petang

Kehadiran guru-guru amat dialu-alukan.