Friday, May 30, 2014

MAJLIS PERSARAAN EN. TEY SHONG HUI

Pada 26 Mei 2014 hari Isnin SMKDA telah mengadakan Majlis Persaraan EN. Tey Shong Hui pada peringkat sekolah dan pentadbiran. 

Setiap yang datang pasti akan pergi dan sebaik-baik pemergian itu harus meninggalkan kesan yang baik kepada yang tinggal. Begitu jua dengan En. Tey Shong Hui, Guru SMK Dato' Ahmad Arshad, Batu Anam yang akan bersara tanggal 31 Mei 2014 sebagai warga pendidik. Justeru, persaraan beliau dijadikan landasan bagi majlis yang akan diadakan untuk menghargai jasa beliau kepada warga Batu Anam amnya, dan warga sekolah khasnya. Cadangan majlis yang akan dilaksanakan adalah pada 2 peringkat, iaiut majlis di peringkat sekolah dan Malam Sanjungan Budi yang ditujukan khusus kepada beliau.

Sepanjang 31 tahun berkhidmat, Cikgu Tey telah mengajar mata pelajaran Matematik, Matematik Tambahan dan Geografi. Beliau juga secara sukarela menawrkan kelas tambahan dan kelas bimbingan kepada pelajar dalam subjek Matemati Tambahan. Tidak cukup dengan itu, beliau tidak pernah lupa memberikan nota dan kaedah penyelesaian yang betul bagi subjek tersebut dengan harapan kejayaan dapat dicapai oleh pelajar.

Dan daripada seorang guru biasa, beliau kini menamatkan perkhidmatannya dalam profesion keguruannya dengan jawatan tertinggi sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran yang sungguh berpengalaman.

Friday, May 23, 2014

SAMBUTAN HARI GURU 2014

SAMBUTAN HARI GURU 2014
 Hari : Ahad
Tarikh : 18 Mei 2014
Tempat : Dataran Perhimpunan ( Perhimpunan pagi) dan Medan Kejayaan ( Persembahan )
Tema :  "GURU: PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI"

Guru : Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi, itulah tema yang hangat disebut dan diulas semenjak seminggu dua minggu ini bagi meraikan sambutan hari guru peringkat kebangsaan. Tarikh 16 Mei setiap tahun merakam sejarah dan memori yang tersendiri bagi yang bergelar guru, cikgu, ustaz, ustazah, pendidikan ataupun pensyarah. Semestinya mereka semua akan tersenyum lebar bila melihat banyaknya hadiah dan cenderamata sumbangan anak-anak murid ataupun rakan sebaya yang diberikan kepada mereka. 

18.5.2014 di Sekolah Menengah Dato Ahmad Arshad ini pelbagai acara dan aktiviti yang telah diaturkan untuk menyambut hari guru peringkat sekolah. Para pelajar yang diterajui oleh Badan Kepimpinan Sekolah (Pengawas) memain peranan sebagaimana tahun-tahun sebelum ini menganjurkan sambutan yang sungguh bermakna bagi para guru ini. Tahniah untuk barisan pengawas yang berjaya mengadakan sambutan ini dengan penuh kemeriahan dengan gelagat para guru semasa mengikuti aktiviti-aktivti yang telah dirancang. 
Sambutan hari guru ini menjadi lebih meriah dengan kehadiran wakil ajk PIBG di sekolah ini semata-mata meraikan para guru SMKDA.
Para pelajar juga turut serta dalam menjayakan sambutan hari guru ini. Pelbagai persembahan daripada pelajar turut memeriahkan lagi hari yang bersejarah ini. Antara persembahan yang diberikan pada hari tersebut ialah tarian tradisional, nyanyian nasyid, nyanyian berkumpulan, bicara berirama, sajak dan sketsa. Tidak lupa juga para guru mencungkil bakat mereka dengan membuat persembahan secara solo atau berkumpulan.
Diharapkan pada tahun- tahun akan datang lebih ramai lagi pelajar dapat membuat persembahan sekaligus mencungkil bakat terpendam mereka. para guru juga tidak kecuali menyumbangkan bakat mereka sekaligus memeriahkan lagi sambutan hari guru peringkat sekolah ini.
Syabas dan tahniah diucapkan diatas kejayaan badan pengawas yang menganjurkan sambutan hari guru ini.